U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Thursday, September 23, 2010

Minggu Penulis Kanak-kanak 2010

      
      Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu pertandingan menulis karya kreatif seperti cerpen atau puisi yang terbuka kepada murid-murid sekolah rendah khususnya peringkat kanak-kanak. Antara syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

1. Program ini terbuka kepada kanak-kanak (warganegara Malaysia ) yang berumur 10 hingga 12 tahun di   seluruh Malaysia.

2. Peserta mestilah pernah menghasilkan karya kreatif atau bukan kreatif (cerpen dan puisi) dan pernah disiarkan dalam media cetak atau peserta yang aktif bergiat dalam bidang seni ( bersyair, berlakon dsb) dan pernah dipentaskan.

3. Penerimaan tawaran hendaklah atas persetujuan ibu bapa atau penjaga.

4. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta.

5. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab menghantar dan mengambil anak mereka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur atas perbelanjaan sendiri. Bas disediakan dari DBP ke tempat program berlangsung.

6. Setiap peserta diwajibkan tinggal di tempat penginapan yang disediakan dan mengikuti jadual yang telah ditetapkan  sepanjang program ini berlangsung. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan menemani peserta semasa program dijalankan.

7. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum peserta ketika program berlangsung ditanggung oleh pihak penganjur.

8. Setiap peserta perlu membawa semua keperluan harian sendiri.

9. Pihak penganjur akan menyediakan insurans perlindungan sementara  semasa program berlangsung.  Namun demikian, sebarang kemalangan yang berlaku kepada peserta semasa mengikuti program ini adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga masing-masing.

10. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya mengikuti program ini sepenuhnya.

Pihak warga sekolah SK Pekan Papar juga tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan. Semoga berjaya diucapkan (",)..


No comments:

Post a Comment