U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Wednesday, December 22, 2010

DATA E-KASIH UNTUK MURID TERIMA RMT

KUALA LUMPUR, 21 Dis - Mulai tahun depan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan sepenuhnya data e-Kasih dalam mengenalpasti murid yang layak menerima skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi memastikan penerima hanya terdiri daripada murid miskin dan miskin tegar.


Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ibu bapa atau penjaga kepada murid yang layak menerima skim hendaklah mendaftar dengan program e-Kasih.

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah memasukkan sebanyak 20 menu melalui skim RMT sebagai syarat perjanjian wajib dipatuhi oleh pihak pembekal, katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Rusli Iberahim pada persidangan Dewan Negara di sini Selasa.

Katanya perjanjian dibuat antara pihak pembekal dengan pihak sekolah bagi pelaksanaan skim RMT dan satu jawatankuasa di sekolah akan diwujudkan untuk memantau pelaksanaannya.

Tindakan tegas akan diambil terhadap guru besar atau pegawai yang gagal memastikan pelaksanaanya berkesan, kata beliau.

- BERNAMA

Monday, December 20, 2010

KEMENTERIAN SEDIA HADAPI SESI PERSEKOLAHAN 2011

KUALA LUMPUR, 16 Dis - Kementerian Pelajaran bersedia sepenuhnya menghadapi sesi persekolahan baru tahun 2011 termasuk daripada segi bekalan buku teks, kelengkapan bilik darjah, keperluan guru serta pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun ada beberapa kekurangan kerusi dan meja di Sabah, dan sedikit kekurangan guru, langkah sewajarnya telah diambil bagi mengatasinya.

Muhyiddin juga berkata seramai 457,760 kanak-kanak akan memasuki Tahun Satu manakala Tingkatan Satu melibatkan 474,803 orang pelajar.

"Kita nak pastikan semua sekolah berada dalam keadaan 100 peratus bersedia dalam aspek pengurusan dan keperluan untuk menghadapi sesi persekolahan baru tahun 2011.

"Dengan persiapan rapi ini pihak kementerian percaya kita akan dapat meningkatkan keyakinan ibubapa dan masyarakat terhadap institusi pendidikan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin berkata beliau telah memberi arahan agar 6,012 set kerusi dan meja plastik disediakan untuk sekolah di Sabah bagi mengatasi kekurangan sebelum sekolah dibuka.

Bagi negeri yang mana cuti jatuh pada Ahad (kumpulan A), hari persekolahan bermula pada 2 Jan 2011 manakala untuk kumpulan B, hari persekolahan bermula pada 3 Jan.

Muhyiddin berkata jumlah hari persekolahan 2011 termasuk cuti am adalah 210 hari dan cuti penggal 78 hari.

Beliau berkata daripada segi bekalan buku teks pula, arahan telah dberikan agar apabila sekolah hendak dibuka, buka-buku teks sudah sampai untuk diagih kepada pelajar.

Katanya sekolah rendah akan kekurangan 4,653 guru dan ini akan diisi dengan guru sandaran tidak terlatih atau guru sandaran yang akan dipilih.

Di sekolah menengah pula, kekurangan 3,720 orang guru akan turut diisi dengan guru sandaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata keperluan bagi guru besar dan pengetua secara umum dapat dipenuhi, di mana untuk jawatan guru besar di sekolah rendah, hanya 13 belum diisi dan ini akan turut diisi, manakala untuk pengetua sekolah menengah, ia melibatkan kekurangan 63 pengetua, yang akan diisi dalam tempoh seberapa segera.

Katanya kementerian akan membuka 66 sekolah baru tahun depan.

Muhyiddin berkata bagi memastikan sekolah-sekolah mempunyai jumlah guru dan pengajar mencukupi, kementerian telah mula mengambil langkah menukar guru-guru ke kawasan yang mana diperlukan mengikut opsyen dan kelayakan mereka.

"Ini untuk menampung keperluan guru dalam bidang matapelajaran tertentu. Ini pun telah kita keluarkan pekeliling. Tujuannya penukaran ini adalah untuk mengawal dan memantau keperluan guru bagi setiap sekolah, memastikan keperluan opsyen diutamakan dalam urusan pertukaran dan penempatan dan untuk meminimumkan berlakunya ketidak sepadanan.

"Maknanya kita nak hantar guru yang sesuai di sekolah untuk mengajar dalam bidang matapelajaran yang sesuai," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata perkara lain akan turut diberi perhatian antaranya aspek keselamatan dan kebersihan makanan di kantin agar ibubapa tidak merasa bimbang mengenai aspek ini dan juga mengenai isu jenayah.

Timbalan Perdana Menteri mahu tandas di sekolah sentiasa dalam keadaan sempurna kerana ada tandas sekolah yang rosak atau kotor.

"Kita akan bincang dengan pihak kontrakor yang menjaga ini supaya kekerapan mengurus kawasan tandas sekolah dapat dipertingkatkan lagi.

"Di samping itu mungkin pihak sekolah dapat menjadual waktu mana pelajar kita boleh mengambil bahagian secara yang sesuai untuk mereka menjaga kebersihan tandas di sekolah," katanya.

Mengenai kejadian buli, Muhyiddin berkata walaupun peratusannya amat kecil, beliau berharap agar kes seperti itu tidak berlaku langsung.

Beliau meminta guru disiplin sentiasa memantau keadaan.

"Kita juga mungkin meminta supaya pihak berkuasa keselamatan di kawasan tertentu bekerjasama dengan guru besar dan pengetua kalau mereka dapati ada di sekolah mereka pelajar melakukan sesuatu ataupun dihadap dengan ugutan di luar sekolah. Maka pengetua dan guru besar juga boleh terlibat membantu selesaikan masalah itu dengan kerjasama pihak keselamatan ataupun polis," katanya.

Muhyiddin berkata bahawa tahun 2011 juga akan menyaksikan pelaksanan beberapa dasar termasuk KSSR, yang bermula dengan Tahun Satu.

Beliau berkata jumlah masa diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1,380 minit seminggu dan satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit setiap satu.

Satu lagi dasar ialah "satu murid satu sukan", di mana kementerian mahu ini dilaksana sepenuhnya mulai 2011.

Muhyiddin berkata walaupun sekolah di negara ini terletak di pelbagai kawasan seperti bandar, luar bandar dan pedalaman, itu tidak harus menghalang mereka daripada mengadakan program sukan yang sesuai bagi sekolah masing-masing.

"Murid yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib dia daftar untuk dia ambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

"Dan sekolah hendaklah mengopitum penggunaan kemudahan peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan sekitarnya dengan mengutamakan keselamatan murid," katanya.

- BERNAMA

Friday, December 17, 2010

KALENDER PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

1. Kumpulan A untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
2. Kumpulan B untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.

Sila lihat Kalender Persekolahan Tahun 2011 di SINI atau muat turun di SINI

MALAYSIA PUBLIC HOLIDAYS 2011

Dates
Occasion
For
1 January
Saturday
New Year
All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
11 January
Tuesday
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
14 January
Friday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
16 January
Monday
Sultan of Kedah's Birthday
Kedah only
20 January
Thursday
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 February
Tuesday
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 February
Thursday
Chinese New Year
Nationwide
4 February
Friday
Chinese New Year (2nd Day)
All states except Kelantan and Trengganu
15 February
Tuesday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
4 March
Friday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 - 31 March
Wed & Thurs
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
22 April
Friday
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 April
Friday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Tuesday
Sultan of Perak's Birthday
Perak only
1 May
Sunday
Labour Day
Nationwide
7 May
Saturday
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May
Tuesday
Wesak Day
Nationwide
17 May
Tuesday
Raja Perlis' Birthday
Perlis only
30- 31 May
Mon & Tues
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Wed & Thurs
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
4 June
Sunday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
29 June
Wednesday
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Thursday
Georgetown Heritage Day
Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
9 July
Saturday
Penang Governor's Birthday
Penang only
20 July
Wednesday
Sultan of Trengganu's Birthday
Trengganu only
1 August
Monday
Awal Ramadan
Johor, Kedah & Malacca only
17 August
Wednesday
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
30 - 31 August
Tues & Wed
Hari Raya Puasa *
Nationwide
31 August
Wednesday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
10 September
Saturday
Sarawak Governor's Birthday
Sarawak Only
16 September
Friday
MalaysiaDay &
Sabah Governor's Birthday
Nationwide
Sabah
8 October
Saturday
Malacca Governor's Birthday
Malacca only
24 October
Monday
Sultan of Pahang's Birthday
Pahang only
26 October
Wednesday
Nationwide
6 November
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
7 November
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
22 November
Friday
Sultan of Johor's Birthday
Johor only
27 November
Sunday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 December
Sunday
Sultan of Selangor's Birthday
Selangor only
25 December
Sunday
Christmas
Nationwide

Thursday, December 02, 2010

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah menghampiri minggu ketiga. Pastinya murid-murid diluar sana sedang menghabiskan masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang menjadi rutin apabila menjelangnya waktu yang paling ‘berbahagia’ ini.
Justeru itu, saya kongsikan bersama murid-murid sekalian beberapa tips penting semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Amalkan skill belajar “sedikit demi sedikit”
Belajar dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap danyang paling penting berterusan. Contohnya
pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 20 minit dan ulangkaji atau buat latihan karangan Bahasa Inggeris selama 20 minit setiap pagi. Memang sukar, tapi hasilnya lumayan.

2. Siapkan kerja sekolah yang diberikan.
Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menjawab soalan berformat UPSR.
Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut terutama kepada bakal murid yang akan bergelar ‘calon UPSR’ nanti.

4. Membaca bahan bacaan tambahan.
Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

5. Mengikuti program-program bermanfaat.
Apabila tiba musim cuti sekolah, saya pasti banyak aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan NGO ataupun agensi daerah khusus untuk murid sekolah 12 tahun ke bawah yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni dikalangan generasi muda hari. Contohnya seperti Kem Anak Soleh, Motivasi Kendiri, Islamic Summer Camp, Kem Remaja Pintar, Kem Bina Diri dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang ini yang datang sekali dalam setahun.

6. Menziarahi saudara mara
Cuti sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk pulang ke kampung halaman bertemu saudara mara yang jarang sekali bertemu. Ambillah peluang ini untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga.

Semoga adik-adik menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga berjaya pada masa akan datang.

Sebelum mengakhiri, saya ingin berpesan kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakkan anak anda. Jangan biarkan mereka bebas tanpa kawalan. Ambillah sedikit masa untuk bertanyakan perihal anak-anak. Ingatlah bahawa mereka adalah ‘amanah’ yang akan dipersoalkan dikemudian hari nanti.

“SELAMAT BERCUTI……………….”