U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Saturday, March 19, 2011

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI

Dapatkan soalan-soalan percubaan UPSR negeriMoga-moga dapat membantu menambahkan koleksi soalan gerak-gempur untuk anak-anak didik kita yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.

Friday, February 11, 2011

924 GURU BESAR TERIMA INSENTIF RM7,500

PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi tawaran baru (bai'ah) itu, pihak kementerian mendapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan adalah di luar jangkaan.

Katanya, sasaran yang diletakkan ialah dua peratus tetapi melepasi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal.

Menurut beliau, tawaran baru yang diumumkan telah memberi suntikan semangat dan dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi sekolah masing-masing, buktinya setahun selepas tawaran dibuat, jumlah yang berjaya amat luar biasa.

''Sebagai tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.

''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Friday, January 28, 2011

Selamat Bertugas ke Sekolah Baru

Kami warga sekolah mengucapkan selamat menjalankan tugas ke sekolah baru kepada Pn Dk Hadizah Bt Pg Abbas yang berpindah ke Sk Long Tuma, Lawas Sarawak  dan Pn Normasnizai Bt Mat Zin ke Sk Pekan Kinarut, Papar. Tidak dilupakan juga tahniah diucapkan kepada Pn Noorilliani Abdullah yang telah berpindah ke PPD Papar.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan khasnya kepada mereka kerana telah banyak menabur bakti dan jasa kepada sekolah dalam memantapkan dan memajukan  Sk Pekan Papar ke arah sekolah yang Cemerlang sepertimana slogan Visi sekolah  bahawa "Sekolah Kebangsaan Pekan Papar Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2012 ". Jasa anda semua akan kami kenang sampai bila-bila.


Jutaan Terima Kasih diucapkan sekali lagi buat mereka! 

Sunday, January 02, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

images.jpgSesi Persekolahan 2010 akan bermula pada 3 Januari ini. Segala persiapan untuk kembali ke sekolah telah rancak dijalankan baik bagi pihak murid mahupun guru. Bagi pihak guru dan staf SKPP telah menyiapkan persediaan dan kelengkapan demi untuk keselesaan dan keseronokan murid terutama murid-murid tahun 1 yang akan berada di suasana baru dalam kehidupan mereka.

Bagi murid-murid, jadikan tahun ini merupakan tahun kecemerlangan kalian. Ibu bapa telah banyak berkorban memenuhi keperluan kalian demi memastikan anak-anaknya dapat menjalani sesi persekolahan dengan penuh keselesaan.

Sudah pastinya, semua kelengkapan persekolahan anak-anak disediakan dengan rapi dan serba baru. Justeru itu, anak-anak janganlah menghampa dan mensia-siakan segala pengorbanan ibu bapa. Selamat kembali ke sekolah..

Saturday, January 01, 2011

ISU BEG SEKOLAH BERAT, ADAKAH MASIH RELEVEN??


TAHUN baru persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi tentunya disambut dengan pelbagai reaksi. Bagi anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan Tahun 1, tentunya merasa seronok melangkah ke alam persekolahan sebenar, tidak boleh main-main lagi. Jika berada di tadika, adakalanya malas hendak ke sekolah, mungkin ibu bapa masih akan lembut hati melayan kerenah sedemikian. Sekarang, anak-anak akan melangkah ke Tahun 1, ibu bapa perlu lebih serius dan peka dalam memahami kehendak anak-anak dan juga memerhati perubahan tindak tanduk anak-anak.


Isu yang boleh dikatakan sudah lama dan lapuk kembali lagi. Setelah beberapa tahun berlegar di sekitar permasalahan beg berat, adakah isu ini sudah ditangani dengan jayanya? Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menulis dalam sebuah akhbar harian tahun ini yang menyatakan bahawa isu ini belum selesai. Kenapakah isu yang boleh dianggap kecil ini tidak dapat diatasi dengan efektif. Apakah lagi yang boleh dicadangkan untuk menangani masalah ini?


Ketika isu beg sekolah berat ini hebat diperkatakan, banyak cadangan yang telah diajukan kepada pihak-pihak yang berkaitan; ibu bapa, guru, Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pelajaran. Antara yang pernah dicadangkan adalah pihak sekolah menyediakan lokar bagi memudahkan pelajar menyimpan buku yang tidak perlu dibawa balik dan guru pula dicadangkan merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan apa yang hendak diajar agar pelajar hanya perlu membawa buku yang berkenaan sahaja.

Ibu bapa pula disaran agar meneliti jadual waktu anak-anak dan memastikan anak-anak membawa buku yang dijadualkan sahaja. Sesetengah buku teks juga telah dibahagikan kepada beberapa jilid agar tidak terlalu tebal dan berat untuk dibawa ke sekolah. Sekurangnya-kurangnya pihak yang berwajib bersikap responsif kepada permasalahan ini. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan sejauh mana cadangan-cadangan tadi telah direalisasikan oleh pihak sekolah, guru dan ibu bapa.

Kini, selepas beberapa tahun isu beg berat ini menjadi perbahasan pihak-pihak yang terlibat, adakah masalah ini telah diatasi dengan jayanya? Masih adakah rungutan ibu bapa? Jika tiada rungutan, adakah ini bermakna masalah ini sudah lenyap? Atau, masalah ini masih berterusan tetapi didiamkan sahaja kerana tiada kesudahannya? Kadang-kadang masyarakat cenderung menyatakan anak-anak zaman ini terlalu dimanjakan dan isu ini tidak lagi relevan walaupun ada kajian menyatakan kesan bebanan yang berat menyebabkan kanak-kanak mengalami sakit belakang dan simptom-simptom lain yang menjurus kepada akibat terlebih bebanan ini.

Perlu diimbas di sini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia pernah menjalankan kajian khusus pada 2003 bagi mengenal pasti punca sebenar masalah beg berat ini. Kajian yang dijalankan mendapati berat sebenar keseluruhan buku teks adalah di antara 2.8 kilogram hingga tiga kilogram sahaja bagi sesuatu tahun. Menurut sumber Kementerian Pelajaran juga, berat ini akan jauh berkurangan jika pelajar membawa buku teks mengikut jadual harian. Bebanan lain termasuk buku kerja tambahan, buku rujukan, botol air dan kotak pensil. Perlukah semua buku tambahan, rujukan dibawa ke sekolah setiap hari?

Di sinilah, peranan guru sangat penting dalam menyediakan perancangan pengajaran yang berkesan. Perancangan sangat penting dalam apa juga situasi yang kita hadapi. Begitu juga dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Kita sedia maklum bahawa guru-guru pada umumnya sangat terlatih dan mampu mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, namun mungkin ada ketika berlakunya kekeliruan tentang apa yang hendak diajar pada hari tersebut berlainan dengan apa yang dinyatakan kepada pelajar.

Sebagai contoh, mata pelajaran Bahasa Inggeris. Adalah tidak mungkin bagi seorang guru untuk mengajar pemahaman dan penulisan dalam peruntukan waktu yang sama. Kita sedia maklum bahawa kebiasaannya guru akan menetapkan hari-hari tertentu untuk mengajar kemahiran tertentu. Jadi, pelajar akan membawa buku yang berkaitan dengan kemahiran yang mahu diajar pada hari tersebut.

Kekeliruan mungkin timbul apabila kita tidak mengikut perancangan. Contohnya, pada hari yang sepatutnya pelajar diajar kemahiran penulisan, mereka sebaliknya diminta mengeluarkan buku pemahaman. Jika pelajar tidak membawa buku tersebut, pelajar akan dimarahi.

Bagi sesetengah guru yang terlebih emosi, kemarahan akan disertai dengan kata-kata yang agak tidak sesuai untuk dilontarkan kepada pelajar. Bagi pelajar yang baru menginjak ke alam persekolahan sebenar di mana persekitarannya agak berbeza dari persekitaran pra-sekolah, pengalaman dimarahi guru sangat menakutkan. Di situlah bermulanya budaya angkut semua buku sekolah agar tidak tersilap lagi dan tidak dimarahi lagi.


Norrihan Sulan
Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang.