U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Thursday, December 02, 2010

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah menghampiri minggu ketiga. Pastinya murid-murid diluar sana sedang menghabiskan masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang menjadi rutin apabila menjelangnya waktu yang paling ‘berbahagia’ ini.
Justeru itu, saya kongsikan bersama murid-murid sekalian beberapa tips penting semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Amalkan skill belajar “sedikit demi sedikit”
Belajar dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap danyang paling penting berterusan. Contohnya
pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 20 minit dan ulangkaji atau buat latihan karangan Bahasa Inggeris selama 20 minit setiap pagi. Memang sukar, tapi hasilnya lumayan.

2. Siapkan kerja sekolah yang diberikan.
Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menjawab soalan berformat UPSR.
Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut terutama kepada bakal murid yang akan bergelar ‘calon UPSR’ nanti.

4. Membaca bahan bacaan tambahan.
Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

5. Mengikuti program-program bermanfaat.
Apabila tiba musim cuti sekolah, saya pasti banyak aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan NGO ataupun agensi daerah khusus untuk murid sekolah 12 tahun ke bawah yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni dikalangan generasi muda hari. Contohnya seperti Kem Anak Soleh, Motivasi Kendiri, Islamic Summer Camp, Kem Remaja Pintar, Kem Bina Diri dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang ini yang datang sekali dalam setahun.

6. Menziarahi saudara mara
Cuti sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk pulang ke kampung halaman bertemu saudara mara yang jarang sekali bertemu. Ambillah peluang ini untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga.

Semoga adik-adik menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga berjaya pada masa akan datang.

Sebelum mengakhiri, saya ingin berpesan kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakkan anak anda. Jangan biarkan mereka bebas tanpa kawalan. Ambillah sedikit masa untuk bertanyakan perihal anak-anak. Ingatlah bahawa mereka adalah ‘amanah’ yang akan dipersoalkan dikemudian hari nanti.

“SELAMAT BERCUTI……………….”

No comments:

Post a Comment