PUTRAJAYA
10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar
cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
Beliau
yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi tawaran baru (bai'ah) itu, pihak
kementerian mendapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk
melepasi sasaran prestasi ditetapkan adalah di luar jangkaan.
Katanya, sasaran yang diletakkan ialah dua peratus tetapi melepasi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal.
Katanya, sasaran yang diletakkan ialah dua peratus tetapi melepasi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal.
Menurut
beliau, tawaran baru yang diumumkan telah memberi suntikan semangat dan
dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi sekolah masing-masing,
buktinya setahun selepas tawaran dibuat, jumlah yang berjaya amat luar biasa.
''Sebagai
tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi
sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.
''Setiap
guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling
cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan
beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
No comments:
Post a Comment