U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Wednesday, April 17, 2013

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Papar

Karnival Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah daerah Papar adalah acara wajib pada setiap tahun yang akan mempertandingkan tiga acara iaitu Public Speaking, Story Telling dan Action Song. Pada tahun ini SK Buang Sayang telah diberi mandat sebagai penganjur Action Song sekaligus menjadi tempat bagi semua pertandingan. Public Speaking dianjurkan oleh SJK(C) Hwa Yin manakala Story telling dianjurkan oleh SK Langkawit. Acara wajib ini sekaligus akan menjadi medan pertemuan kesemua guru Bahasa Inggeris daerah Papar yang masing-masing berfungsi sebagai AJK kerja, hakim atau guru pengiring.

SK Pekan Papar sebagai salah sebuah sekolah yang aktif dalam bidang kokurikulum telah menghantar wakil bagi pertandingan Action Song dan Public Speaking. Acara Action Song diwakili oleh 15 orang murid perempuan dari kelas 3 Impian manakala Public Speaking diwakili oleh murid 5 Impian.

Acara bermula pada pukul 9 pagi secara serentak dan selesai sepenuhnya pada pukul 12.05 tengahari. 



Peserta comel mewakili sekolah bagi Pertandingan Action Song yang mendendangkan lagu Price Tag & Count On Me



Sunday, April 14, 2013

Ciri-Ciri Guru Abad ke-21

Penulis: Fadzliaton Zainuddin

Diam tak diam, kita telah berada dalam abad ke 21 selama 13 tahun 101 hari. Namun, sehingga hari ini warga pendidikan tidak lekang-lekang menyebut tentang Pendidikan Abad ke-21. Apakah maksud sebenar Pendidikan Abad ke-21 adakah ia lebih merupakan anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik?

Di Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman boleh dilihat sebagai pelopor kepada corak pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21 melalui Program e-Book oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. e-Book ialah sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademikmengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan memudahkan proses pembelajaran dalam kelas. Sekaligus mengurangkan beban murid untuk membawa buku ke sekolah. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini, usaha begini harus dipuji dan disokong supaya Pendidikan Abad ke-21 benar-benar menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada lanskap pendidikan di  negara ini.

Guru dan juga pemimpin sekolah seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan minda dan pengurusan perubahan supaya dapat menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan secara berterusan. Kejutan budaya dan pandangan negatif tidak seharusnya berlaku semiranya semua pihak memainkan peranannya masing-masing. Akan tetapi, bagaimanakah kita melaksanakan perubahan ini? Kita boleh bermula sedikit demi sedikit dengan mengenalpasti ciri-ciri pendidik Abad ke-21 seperti rajah dibawah.

Jika kita sentiasa bersikap terbuka, kreatif dan inovatif dalam menangani perubahan, tanpa kita sedari kita telah berubah dari seekor ulat beluncas yang hanya merayap di atas daun kepada rama-rama yang mampu terbang di angkasa.

Selamat mencuba!



Friday, April 12, 2013

Kembali...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan penubuhan Unit ICT SK Pekan Papar maka blog ini bernafas semula.
Diharapkan dengan adanya blog ini akan memberi manfaat dan informasi terkini dan tepat kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.


:-D