U P S R COUNTDOWN


Countdown Clocks, Cute Countdowns at WishAFriend.com

Friday, September 24, 2010

Ranking Internet Browser 2010






     Firefox berada pada ranking pertama di hadapan Google chrome yang semakin menyaingi dipersada dunia internet. Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.link 
     Kemampuan browsing yang cepat (ada yang mengatakan lebih cepat daripada Google Chrome). Meskipun tidak berbeza dengan kecepatan Google Chrome, bahkan boleh dikatakan mempunyai kelebihan dari sudut yang lain. Ini diikuti pula di tempat ketiga oleh Internet Explorer yang satu ketika dahulu pernah berada di ranking pertama sebelum ini. Anda boleh lihat gambar di bawah



     Laman ini bukan bertujuan promosi tetapi sekadar bersama-sama mengetahui perkembangan di dunia internet. Walaupun bergelar guru yang sentiasa sibuk dengan urusan para pelajar, namun boleh juga mengikuti sedikit sebanyak apa yang berlaku untuk tujuan kemudahan apabila memerlukan nanti. 

     Anda boleh download sebahagian browser dengan klik link di bawah ini..

  >>Firefox
      >>Google Chrome


          >>Internet Explorer
              >>Opera
                  >>Safari


Thursday, September 23, 2010

Minggu Penulis Kanak-kanak 2010

      
      Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu pertandingan menulis karya kreatif seperti cerpen atau puisi yang terbuka kepada murid-murid sekolah rendah khususnya peringkat kanak-kanak. Antara syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

1. Program ini terbuka kepada kanak-kanak (warganegara Malaysia ) yang berumur 10 hingga 12 tahun di   seluruh Malaysia.

2. Peserta mestilah pernah menghasilkan karya kreatif atau bukan kreatif (cerpen dan puisi) dan pernah disiarkan dalam media cetak atau peserta yang aktif bergiat dalam bidang seni ( bersyair, berlakon dsb) dan pernah dipentaskan.

3. Penerimaan tawaran hendaklah atas persetujuan ibu bapa atau penjaga.

4. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta.

5. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab menghantar dan mengambil anak mereka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur atas perbelanjaan sendiri. Bas disediakan dari DBP ke tempat program berlangsung.

6. Setiap peserta diwajibkan tinggal di tempat penginapan yang disediakan dan mengikuti jadual yang telah ditetapkan  sepanjang program ini berlangsung. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan menemani peserta semasa program dijalankan.

7. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum peserta ketika program berlangsung ditanggung oleh pihak penganjur.

8. Setiap peserta perlu membawa semua keperluan harian sendiri.

9. Pihak penganjur akan menyediakan insurans perlindungan sementara  semasa program berlangsung.  Namun demikian, sebarang kemalangan yang berlaku kepada peserta semasa mengikuti program ini adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga masing-masing.

10. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya mengikuti program ini sepenuhnya.

Pihak warga sekolah SK Pekan Papar juga tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan. Semoga berjaya diucapkan (",)..


Kejayaan Menanti di Sana!!


      23 September 2010 adalah satu tarikh yang tidak mungkin dilupakan bagi pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Ini kerana selepas daripada tarikh tersebut, murid-murid ini akan 'merdeka' buar sementara waktu kerana baru sahaja melepasi satu peperiksaan besar dalam hidup mereka. Selepas ini akan ada lagi cabaran yang mendatang. Semoga terus maju seiring dengan moto sekolah 'Berilmu, Berketrampilan dan Beramal'. Kami warga SK Pekan Papar mendoakan agar semua murid mendapat keputusan yang cemerlang.. Ameen..

~ Selamat Datang kepada Pengunjung ~

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera..
      Alhamdulillah SK Pekan Papar telah menghasilkan sebuah blog yang akan berfungsi sebagai medium penyebaran maklumat, komunikasi dan yang paling penting selaras dengan dasar kerajaan untuk meluaskan lagi penggunaan jalur lebar dikalangan masyarakat khususnya warga SK Pekan Papar sendiri.
     Dengan wujudnya blog ini diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita. Akhirul kalam, selamat menelusuri alam maya (",)